Saturday 19 November 2011

Bab 1

L

angit yang kelam seolah menyatakan kesedihannya kepada dunia.Artiza memandang ke langit kelam itu dengan perasaan yang berbaur.Hatinya teramat sedih pada hari tersebut.Dia kehilangan telah  insan yang amat dicintainya.Syafiq , pemuda yang sentiasa di sisinya , melindungi dirinya , memberikan cinta dalam hidupnya kini telah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.Lama dia berada di pusara Syafiq tanpa berganjak sedikitpun.Tangisannya juga tak berhenti sehinggakan matanya bengkak.Namun tetap jua dia tidak berhenti menangis.
“Fiq,kenapa tinggalkan Tiza keseorangan?”ujar Artiza sambil mendakap pusara Syafiq.
Ibunya , ayahnya dan Saiful tidak mampu berbuat apa-apa untuk memujuk Artiza kerana kesedihan Artiza yang teramat mendalam.Gadis tersebut mengurung dirinya dalam bilik selama beberapa hari.Dia juga tidak mahu makan atau minum.Sikapnya itu sangat membimbangkan hati ibu dan ayahnya.

“Tiza,makanlah sedikit.Tak baik biarkan perut kosong,”

Artiza menggeleng kepalanya.”Ibu,tolong biarkan Tiza sendirian,”

“Tapi..”

“Ibu,tolonglah ye.Tiza tak nak diganggu buat masa ni,”

Ibunya tidak mampu untuk berkata apa-apa.Ternyata kesedihan anak gadisnya masih berpanjangan walaupun telah beberapa hari Syafiq pergi meninggalkan mereka.Sebaik saja ibunya keluar dari bilik Artiza,Saiful terus menerpa.

“Makcik,Tiza tak nak makan?”

Ibu Artiza hanya menggeleng dengan wajahnya yang turut sedih.Saiful menundukkan wajahnya seolah berfikir tentang sesuatu.Kemudian dia berlalu menuju ke bilik Artiza.

“Tiza,kau ni kenapa?Abang Syafiq dah lama pergi.Kau masih begini.Kau nak kami pun kehilangan kau pula?”

Artiza tidak menjawap persoalan Saiful.Pemuda tersebut merasa geram dengan tindakan Artiza yang seakan tidak mempedulikan keluarganya disebabkan kesedihannya itu.Saiful menarik lengan Artiza sehingga gadis tersebut memberontak ingin melepaskan diri.

“Kau nak apa,Saiful?Puaslah hati kau sekarang tengok abang kau mati,”

Serentak dengan itu juga , sebuah tamparan mengenai pipi Artiza.Wajah Saiful memerah kerana menahan kemarahannya .

“Apa kau ingat bila abang aku mati,aku akan puas hati?Aku lebih sedih daripada kau sebab satu-satunya keluarga kandung aku sudah mati,”

Pemuda itu melepaskan lengan Artiza dan terduduk di atas lantai bilik Artiza.

“Aku mengaku yang aku cintakan kau tapi tak bererti aku akan gembira apabila abang aku mati.Abang aku satu-satunya saudara kandung yang aku ada kini.Tapi dia juga telah pergi meninggalkan aku.Peritnya kau tak akan tahu.Kau masih ada ayah dan makcik tapi aku tak ada sesiapa lagi.Aku gagahi juga untuk hidup.Tapi kau,”Saiful berhenti bicara kerana hatinya terlalu pedih.Airmata lelakinya keluar merembes.

Artiza mulai sedar pada dirinya.Perlahan-lahan dia menghampiri pemuda tersebut.Tangannya lembut mengusap bahu Saiful menenangkan diri pemuda tersebut.Secara spontan,pemuda tersebut menarik tubuhnya dan memeluk dirinya.Artiza terpana dengan tindakan Saiful namun dia membenarkan saja kerana dia tahu perasaan Saiful ketika itu.

Malam itu Artiza telah turun untuk makan bersama keluarganya pertama kali semenjak beberapa hari selepas kepergian Syafiq.Saiful mengintai wajah Artiza yang berbual dengan ibunya.Di dalam hatinya , betapa  gembira hatinya melihat senyuman yang meniti di bibir gadis tersebut.Artiza juga mencuri mengintai kepada Saiful.Bibirnya turut tersimpul senyuman.

“Kan bagus kalau kau macam ni selalu,”ujar Saiful kepada Artiza yang sedang duduk di atas bangku yang berdekatan dengan kolam di rumah tersebut.Artiza memandang Saiful yang mengambil tempat di sebelah.

“Tapi aku masih sukar untuk melupakan Fiq,”

“Aku faham.Abang Syafiq pergi belum lama.Pasti engkau belum dapat melupakan dia dalam tempoh terdekat ni,”

“Aku tak nak lupakan dia.Aku terlalu mencintai dia,”Airmata Artiza mula bergenang di birat matanya.Saiful hanya diam membisu.Hatinya merasa kecemburuan yang teramat.Ternyata Artiza masih tetap mencintai abangnya walaupun abangnya telah sekian lama meninggalkan mereka.Tangannya dikepalkan kerana terlalu geram.Namun,fikirannya masih waras dan dia mampu untuk mengawal perasaanya itu.

Mata Artiza tekun memandang bintang berkelipan di langit yang pekat.Bibirnya terukir senyuman.Fikirannya menerawang mengingati sesorang.

“Syafiq,”satu nama meniti di bibirnya.Saiful pantas menoleh kepadanya setelah terdengar nama yang disebut oleh Artiza.Meskipun suara gadis itu tidak kedengaran  namun masih kedengaran dengan jelas oleh Saiful.

“Tiza,”panggil Saiful.

Gadis itu menoleh kepada Saiful yang memandang tepat wajahnya.Sebuah senyuman manis dilemparkan oleh Artiza kepada pemuda itu.

“Aku bukan nak meminta kau untuk melupakan abang aku tapi aku sangat mencintai kau.Bolehkah kau pertimbangkan tentang hal ini?”

Artiza faham perkara yang cuba disampaikan Saiful namun dia tidak mampu untuk memberikan jawapan yang sewajarnya kepada Saiful.Persoalan tersebut dibiarkan tanpa jawapan.Saiful juga tidak pernah membicarakan lagi perihal tersebut.

“Tiza!”laung ibunya.

Artiza bergegas menghampiri ibunya.”Ada apa ibu?”

“Ada orang hantar bunga untuk kamu.Depan rumah ibu letak.Banyak sangat.Entah siapalah yang bagi bunga yang banyak sangat untuk kamu?Peminat kamu ke?”

“Ibu ni.Tiza mana ada peminat?”

“Entahlah,Tiza.Ibu naik pening tengok bunga tu.Sukahati kamulah nak buat apa dengan bunga-bunga tu semua,”

Gadis itu hanya menggeleng melihat tingkah ibunya.Artiza kehairanan.Bunga?Setahu dia,tidak pernah ada sesiapapun pernah memberikan bunga kepadanya sebelum ini tetapi hari ini dia menerima bunga.Agak sukar untuk mempercayai namun diturutinya juga pergi ke luar rumah.Alangkah terperanjatnya dia melihat pelbagai jenis bekas bunga yang berisi pelbagai bentuk bunga yang penuh dalam setiap bekas.
Setiap bekas disentuh dan dihidu Artiza.Bibirnya mengukir senyuman yang manis.Di hatinya mengakui akan keindahan yang ada di matanya kini.Tidak menafikan hatinya sangat girang.Seketika itu juga , Saiful muncul di tepinya.

“Macam mana ?Cantik tak?”

Artiza memandang Saiful dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.Dia hanya mengangguk kerana dia tidak mampu untuk berkata melihatkan kecantikan di hadapan matanya.Manakala mata Saiful hanya tertancap pada wajah Artiza.Baginya,Artiza merupakan keindahan yang sangat berharga dalam hidupnya.

“Jom.Kita tanam bunga-bunga ni,”

“Kenapa nak tanam pula?Simpan aje dalam bilik,”

“Amboi , senangnya dia cakap.Bunga ni banyak.Kalau masuk bilik Tiza nanti , jangan kata nak masuk ,  Tiza nak tidur dalam bilik pun susah,”

Saiful ketawa kecil mendengarkan rungutan Artiza.”Apa susahnya.Tidur lah di bilik Saiful,”

“Boleh tapi Saiful nak tidur mana nanti.Tak apa.Lagipun bunga kalau kita tanam akan sentiasa subur.Letak dalam bilik tak sampai seminggu pasti akan layu,”

Saiful memandang Artiza yang leka membawa bunga di kawasan rumah tersebut.Artiza sangat menghargai setiap apa yang diberikannya.Dia pasti Artiza juga memiliki perasaan cinta terhadap dirinya.Saiful akan pastikan Artiza sedar bahawa hanya dialah yang sebenarnya dicintai oleh Artiza bukan abangnya.

Meskipun abangnya sudah lama meninggal dunia tetapi abangnya masih pesaing utamanya.Jika bukan kerana abangnya , pasti Artiza sudah menjadi miliknya.Saiful masih merasa cemburu pada orang yang sudah tiada kerana dia tahu cinta Artiza terhadap abangnya tetap kuat.Dia merasakan Artiza sebenarnya mencintai pada orang yang salah.Sebaliknya , dia yang sepatutnya yang dicintai oleh Artiza.Detik itu , dia bertekad akan menyedarkan Artiza bahawa dialah yang sebenarnya dicintai oleh gadis tersebut.

Artiza memandang Saiful dari kejauhan dan melemparkan senyuman kepada pemuda tersebut.Saat itu , Saiful sedar Artiza tidak mungkin akan dia lepaskan pada sesiapa pun kerana dia tahu apa yang akan terjadi kepada dirinya sekiranya perkara sedemikian berlaku. Seketika, dia mengorak langkah menghampiri Artiza yang sedang leka menanamkan bunga yang diberikannya secara rahsia itu.

No comments:

Post a Comment