Saturday 19 November 2011

Bab 2


Hafeez bergegas untuk keluar dari Villa Suria.Kelihatan ayahnya sedang berehat dibawah pohon rendang.Tanpa mempedulikan ayahnya,Hafeez terus masuk ke dalam kereta sportnya.Dengan pantas , dia membawa keretanya keluar dari perkarangan rumah.Dari cermin keretanya , dia mengintai ayahnya dari kejauhan.Semakin laju keretanya dipecutkan menuju ke destinasi yang ditujunya.

“Darling,kenapa you lambat?Lenguh kaki I tunggu you tau,”rungut seorang gadis di sisi Hafeez.Pemuda itu melihat gadis tersebut lantas tangannya menarik pinggang gadis tersebut dan mengucup bibirnya.

“Sorry,sayang.I busy tadi.Banyak kerja di office tadi,”

Gadis tersebut tersipu malu dengan perbuatan Hafeez secara spontan yang mengucup bibirnya di khalayak ramai.Pemuda itu menarik tangan kekasihnya dan membawanya untuk bersiar-siar.Mereka berseronok sepanjang hari itu.

“Thanks,darling sebab sudi luangkan masa dengan I hari ini,”

“No problem,sayang. Anything for you,”

Gadis tersebut sekali lagi memberikan kucupan di bibir Hafeez sebagai ucapan selamat tinggal.Hafeez melambaikan tangannya mengucap selamat tinggal.Kereta sportnya dengan pantas meninggalkan tempat tersebut tanpa menoleh lagi kepada gadis tersebut.

Fikiran pemuda itu menerawang jauh. Terimbas wajah seorang wanita di dalam ingatan. Wanita yang sangat dicintainya tetapi wanita itu juga telah mengkhianati cintanya sehingga dia bertekad untuk mempermainkan ramai wanita. Dia sudah tidak mempedulikan dosa asalkan dendamnya terbalas. Tiada sekelumit cintanya kepada setiap wanita yang menjadi miliknya. Hatinya sudah tawar untuk menerima cinta lagi.Baginya,cinta itu suatu permainan hidup.

“Mona,please.Jangan buat I begini.You tahukan I sangat cintakan you,”rayu Hafeez kepada seorang wanita yang berumur lingkungan beberapa tahun tua dari umurnya.

“Feez,you kena faham I tak pernah cintakan you,”jawap wanita yang dipanggil Mona itu tanpa menoleh sedikitpun kepada Hafeez yang sedang merayu kepadanya.

“You tipu! I tahu you cintakan I,”

Barulah Mona menoleh dan memandang tepat ke wajah Hafeez yang sedang bersungguh merayu kepadanya untuk tidak memutuskan perhubungan mereka.Benar,pemuda itu sangat mencintainya.Sayangnya,tiada sekelumit pun cinta di hatinya untuk anak muda tersebut kerana hatinya sudah dimiliki oleh seseorang.

“Sorry,Feez.Tapi kenyataan sebenarnya I memang tak pernah cintakan you.I memang sayang pada you tapi hanya sebagai anak tak lebih dari tu,”

Pemuda itu menundukkan wajahnya.

“I rapat dengan you kerana bapa you.I kesiankan dia yang sentiasa bimbang dengan diri you yang bermasalah.Hati I tak sanggup melihat dia begitu,”

Mona berhenti untuk memberi ruang kepada Hafeez berfikir dengan sewarasnya tetapi hati seorang pujangga tidak pernah kita duga tingkahnya.

“I bantu dia dengan mengubah diri you tapi tak sangka pula you akan jatuh cinta dengan I.Mulanya I enggan menerima cinta you tetapi bapa you paksa I untuk menerima.Dengan berat hati I menerima cinta you,”

“Cukup.I tak nak dengar lagi.Maaf kalau selama ini I telah mengganggu kehidupan you.Selepas ini,I tak akan muncul lagi di hadapan you,”

Hafeez terus berlalu selepas mengucapkan kata-kata tersebut tanpa mempedulikan lagi laungan Mona yang memanggil namanya berkali-kali.

Semenjak dari peristiwa itu , dia telah bertekad sedemikian.Sepanjang perjalanan , airmata lelakinya merembes keluar apabila setiap kali dia mengenang kembali peristiwa tersebut.Hatinya seringkali dalam kesakitan.Dia sedaya upaya melakukan segalanya untuk mengubat keperitan yang menyakiti hatinya.Ternyata hatinya semakin terseksa dan terluka lebih dalam.

“Feez , aku tengok kau ni banyak sangat girlfriend.Kau tak bimbang ke kalau diorang tahu?”

Hafeez memandang sahabatnya , Arzmi.Kemudian dia mengalih pandangan kepada sekelompok orang yang sedang berpusu-pusu keluar masuk dalam pusat beli belah.

“Lantaklah kalau diorang tahu.Diorang nak putus , aku putuskan.Kalau nak merajuk sekalipun , malas aku nak layan perempuan macam tu.Mengada-ada,”

“Dahsyatnya kata-kata kau tu.Frust ke?”

“ Diorang ni semua sama aje.Perangai pun macam tu juga.Sorry , malas aku nak layan.Kalau nak putus , putuslah.Tak meninggalkan kudis pun,”

Arzmi menggeleng kepalanya mendengar ucapan yang dikatakan Hafeez.Dia sebenarnya faham tingkah Hafeez sedemikian.Malahan , dia juga sedar sebab yang merubah Hafeez menjadi begitu.Dia memang tidak setuju dengan tindakan Hafeez tapi pemuda itu melakukannya lantaran kekecewaan yang dialaminya sangat mendalam.

Arzmi hanya mampu membimbing dan membantunya supaya waras dalam menjalani kehidupan sehariannya.Pernah dahulu , fikiran Hafeez yang telah tidak waras hampir mengakibatkan nyawanya hampir melayang.Dia koma selama dua minggu kemudian.Arzmi sentiasa berada di sisinya memberikan dorongan bagi Hafeez untuk meneruskan hidup.Meskipun , pemuda itu telah waras fikirannya tetapi Arzmi tahu sikap Hafeez telah berubah sekaligus.Dia tidak lagi bertegur sapa dengan ayahnya.Hidupnya berkisar dengan permainan cinta.Dia tidak peduli sama ada sikapnya itu melukakan hati orang lain sebaliknya dia hanya fikirkan mengenai hatinya terluka.Memang Hafeez tampaknya pentingkan diri.Arzmi juga tidak mampu untuk mengubah sikapnya itu.Dia hanya berdoa agar keajaiban datang  mengembalikan kehidupan yang bererti buat Hafeez dan menghapuskan kekecewaan di hati pemuda tersebut.

“Feez , kamu ke mana?Pagi buta baru sampai,”soal ayahnya.

Pemuda itu hanya menjeling tajam kepada ayahnya.Persoalan ayahnya dibiarkan saja.Dia terus meluru ke biliknya.Lelaki tua itu tahu mengapa sikap anaknya demikian terhadap dirinya.Matanya hanya melirik pada langkah anaknya yang laju menuju ke biliknya tanpa menoleh sedikitpun kepada dirinya yang telah menunggu kepulangan anaknya.

Hati kecilnya sedikit terluka dengan sikap anaknya tetapi dia tahu itu berpunca dari sikapnya juga.Dia bersalah menjadikan apa yang telah terjadi pada anaknya kini.Setitik airmatanya mengalir di pipi tua itu.Namun , Hafeez tidak pernah dan tidak akan faham tindakannya itu.Biarlah dia yang menyimpan derita keseorangan.

Hafeez merebahkan diri di atas katil.Perasaan bencinya semakin menebal terhadap lelaki tua itu.Kebencian di hatinya telah menutupi perasaan kemanusiaan di dalam dirinya.Meskipun begitu fikirannya masih waras untuk tidak melakukan perkara yang tidak waras.Lama-kelamaan begini membuatkan dirinya tidak betah untuk tinggal di rumah tersebut.Tambahan, dia mendengar bahawa perkahwinan ayahnya tidak lama lagi akan berlangsung.Dia tidak bercadang untuk tinggal di situ selepas pernikahan ayahnya nanti.Dia mula merancang untuk tindakannya yang bakal dilakukan selepas semua ini terjadi.Dia terlena tanpa sedar semasa memikirkan perkara tersebut.

“Arzmi , aku nak minta tolong kau boleh?”soal Hafeez kepada Arzmi selepas mesyuarat mereka bersama pemegang saham bersurai.

“Apa dia?”

“Aku nak minta tolong kau carikan apartment untuk aku.Rasanya aku nak pindah keluar dari vila itulah,”

“Feez,ayah kau macam mana?Takkanlah kau nak tinggalkan dia duduk sorang-sorang kot di vila besar tu,”

“Dia tak akan sorang di situ.Mak tiri aku kan ada sekali,”

Arzmi faham maksud Hafeez yang menyatakan ibu tirinya.Dia yakin Hafeez tidak akan sanggup untuk tinggal bersama wanita yang pernah dicintainya tetapi sebaliknya berkahwin dengan ayah kandungnya sendiri.

“Tengoklah.Kalau aku dapat nanti aku bagitau lah,”

“Thank you,kawan,”

Mereka berdua berjalan keluar dari dewan mesyuarat dan menuju ke pejabat masing.

Majlis perkahwinan ayahnya bersama Mona diraikan dengan meriah.Meskipun benci menyelubungi dan perasaan terluka masih berbaki tetapi Hafeez tetap menghadirkan diri ke majlis tersebut.Pasangan tersebut sangat berseri menyambut hari bahagia mereka pada hari tersebut.

“Feez,”

Hafeez menoleh  kepada suara yang memanggilnya.Rupanya Mona di belakangnya.

“Pengantin baru rupanya.I doakan you sentiasa bahagia dengan ayah.Lupa I,mak,”

Wajah wanita tersebut berubah suram mendengarkan ucapan yang meniti dari bibir pemuda tersebut.Mona sedar Hafeez masih lagi terluka disebabkan dirinya tetapi dia juga tidak mampu untuk menghalang semua itu dari terjadi.

”Jangan bimbang.Feez tak akan tinggal sini.Tak lama lagi Feez akan pindah keluar dari rumah untuk bagi privasi pada mak dan ayah,”selesai saja berkata , Hafeez terus mengorak langkah meninggalkan wanita itu di situ tanpa menoleh lagi.Biarlah dia yang mengalah.

“Arzmi,kau dah dapat ke?”

Pemuda itu tersenyum melihat tingkah Hafeez.

“Dah,tak usah risaulah.Hujung minggu ni kau dah boleh pergi masuk sana,”

“Terima kasih berbanyak pada kau,”

“No problem.Kawan patutnya menolong sekiranya kita memerlukannya.Betul tak,”

Hafeez hanya ketawa kecil, mengangguk setuju dengan pendapat Arzmi.Kini,dia boleh menjalankan kehidupannya dengan lebih tenang tanpa perlu menghadapi sebarang kekecewaan lagi.Mulai detik itu , dia akan menjalani kehidupannya dengan aman.Dengan tekad di hati dia memandang wajah Arzmi, sahabatnya yang sentiasa di sisinya.

No comments:

Post a Comment